Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2007/2008: Kedah 3-2 Selangor

Back


Malaysia Cup Final 2007/2008 -- August 23, 2008. Nasional Stadium, Bukit Jalil. KEDAH CIPTA SEJARAH Kedah membuktikan kejaguhan mereka sebagai gergasi bola sepak negara selepas membenam Selangor 3-2 pada perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-82 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kejayaan itu sekali gus menjulang Kedah untuk terus mempertahankan koleksi tiga gelaran iaitu juara liga, Piala FA dan Piala Malaysia. Kejayaan yang dicapai oleh Kedah itu akan terpahat sebagai sejarah dalam kancah bola sepak tempatan selepas mencipta nama menjulang gelaran treble untuk dua musim berturut-turut. Di samping itu, ia merupakan kali keempat Kedah menjulang Piala Malaysia selepas melakukannya pada 1990, 1993 dan 2007. Lebih manis, kejayaan Kedah itu dicipta di depan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan disaksikan oleh kira-kira 60 000 penonton, dimana penyokong Kedah lebih mendominasi dengan kehadiran seramai 40 000 orang berbanding Selangor yang dianggarkan 20 000 orang. Kejayaan gemilang ini juga sebagai hadiah perpisahan paling bermakna buat Marlon, Nelson dan Huggins ekoran larangan terhadap pemain import mulai musim depan. Marlon dan Nelson menjaringkan dua gol Kedah dalam tempoh dua minit, minit ke-31 dan ke-32 disusuli Fadly pada minit ke-37. Gol Selangor dijaringankan menerusi Frank Seator, minit ke-18 dan Safee Sali minit ke-77. Nelson San Martin dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir. KEDAH: Mohd Helmi Eliza Elias, Victor Andrag (Mohd Fazliata Taib), Cornelius Benard Huggins, Baddrol Bakhtiar, Nelson San Martin (Sabree Abu), V.Thirumurugan, Ahmad Fauzi Saari, Shafizan Hashim, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Mohd Fadly Baharom, Marlon Alex James. SELANGOR - Mohd Suffian Abd Rahman, Mohd Razman Roslan, Evans Chisulo, Mohd Shukor Adan, Mohd Amri Yahyah, Mohd Asraruddin Putra Omar, D.Surendran (Mohd Amirulhadi Zainal), Elie Aiboy, Mohd Safee Mohd Sali, Frank Seator, Indra Putra Mahayuddin (Mohd Fadzli Saari). Pengadil: Rosdi Shaharul (Perak)

Category: Sports
Uploaded: August 24th, 2008 @ 11:16 am
Author: azhhashim

Length: 09:56
Rating:
Views:

Tags: malaysia cup final piala akhir bolasepak football soccer kedah hijau kuning kenari canaries selangor marlon

Related Video Links:


» View Video Comments For Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2007/2008: Kedah 3-2 Selangor
» View azhhashim's Other Uploaded Videos

Video Thumbnails:


Thumbnail #1 Video Thumbnail #1:

Thumbnail #2 Video Thumbnail #2:

Thumbnail #3 Video Thumbnail #3:



Video Embedding Code:


Video Url:


Embed Code:

* Embed this video on your website, social bookmark, myspace, or blog.